Sunday 27 October 2013

Papan Kekunci QWERTY

Saya tak tahu menulis. Jujur saya tak tahu menulis. Menulis artikel okeh!

Selama ini, segala apa yang saya sebarkan di ruangan ini hanyalah sebagai luahan hati. Pengalaman, catatan dan sebagainya saya rojakkan di sini. Bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan rujukan mahupun panduan. Unsur ilmiah yang kosong, hujah lemah yang tidak berisi serta kata-kata yang tidak bermotivasi, inilah tulisan saya. Tapi bukan bermaksud saya betul dan kebal daripada komentar. Saya juga dahagakan proses pematangan penulisan seperti itu.

Maaf jika saya mengecewakan anda dengan cara penulisan cincai sebegini. Saya akan terus menulis meskipun anda menghalang saya dari menyentuh papan kekunci, memotong pakej jalur lebar yang saya langgani, merampas semua alat tulis yang saya ada bahkan melaporkan saya kepada JKKK Kampung Pisang. Saya akan terus menulis, menyebarluaskan mesej ini kepada seluruh dunia dengan cara saya sendiri.

Kerana saya pun tak tahu, tulisan mana yang mampu mencuit hati-hati itu untuk kembali kepada fitrah illahi. 

Maaf, saya tidak mampu untuk meninggalkan ladang ini. Huhu..

Titik.

credit

Membelek Papan Chenta

Selalu kita dengar ayat-ayat manis yang sebegini rupa.

- Aunt Etah
"Beruntungnya awak. Dah la Rozi tu hensem, pandai masak pula."


- Inche Yokushi
"Tak akan ada wanita yang lebih baik selain dia. Untung lerr Kagami."

- Ahmad Schovelenski
"Dunia ini kecil. Sejak keluar dari sekolah rendah sampailah nak kahwin ni, hanya Siti seorang yang mampu memasak aiskrim goreng perisa belacan yang saya suka. Beruntungnya bakal suami dia ni."

Untung lerr...

Sungguh tidak dapat dinafikan semua orang inginkan chalon suami atau isteri yang berkemahiran tahap tinggi, comel dan kiut, pandai iron baju, masak rendang cili api berkari kaw-kaw dan sebagainya. Apatah lagi dengan tuntutan semasa yang memerlukan penjanaan modal insan yang seimbang dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial). Lebih-lebih lagi kalau beliau seorang yang alim, hafal sekurang-kurangnya sejuzuk Al-Quran, seorang imam yang bersuara merdu, rajin berqiamullail apatah lagi tiap subuhnya di masjid. Fuh! Untung.

Tapi takkan lah untung seorang kot? Sedangkan makcik Seri yang menjual karipap pun mahu pelanggannya berasa beruntung memakan karipap yang dibuatnya di samping mendapat untung jualannya, inikan pula orang lain bukan?

Kejamnya bila kita mahu keuntungan itu cuma di pihak kita sahaja dan bukannya dirasai bersama oleh orang yang akan bersama untuk masa yang lama. Kejamnya bila hanya Ahmad Schovelenski sahaja yang beruntung manakala Siti tidak merasai sedikitpun keuntungan dek kerana perangainya yang hanya suka bermain game dan bukannya menghafal juzuk 30 atau belajar masak ayam goreng madu.

Pernah seorang hadek bertanya dengan saya. Berkali-kali soalan yang sama diajukan tanpa sebarang tanda-tanda putus asa.

"Abang hensem, apa ciri-ciri wanita idaman abang hensem?"

Senyum, tenang dan penuh bergaya saya menjawab,

"Seorang wanita yang bila dia memasak air, tak hangit."

Gelak dengan penuh keji. Puhahahaha..

Berapa ramai lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang memburu jodoh yang sempurna, membidik untung memilih individu baik-baik, menapis segala keturunan dan menghitung-hitung kelebihan bakal pasangan hidupnya kelak namun lupa bahawa dia juga perlu berusaha memastikan sidia beruntung memilikinya?

Credit


Membelek-belek Papan Chenta,
Tatkala potretnya menyusur masuk ke dalam skrin,
Tenang terasa memandang wajah sejuknya,
Hati pantas memasang niat suci katanya,
Melompat-lompat jiwa itu ingin hidup bersama,
Dicatat elok segala kelebihan sidia,
Di simpan rapi setiap gambar yang ada,
Menghulur tali mimpi indah,
Ingin bersama,
Beranak, bercucu, tua bersama,
Matinya pun begitu hendaknya,
Di mulut itu hanyalah keindahan rupa parasnya,
Di telinga itu ada semua senarai menu yang dia mampu sajikan,
Wah beruntungnya!
Persiapkan diri,
Bukannya siapkan diri untuk menerima,
Tapi siapkan diri agar dia kelak untung seperti kita,
Itulah namanya untung bersama..



Pelik...Inche Tomato demam kan?

Tuesday 10 September 2013

Soldi dan Firo

Soldi dan Firo adalah dua orang sahabat yang sangat rapat. Mereka saling berkenalan sejak kecil lagi. Ibu mereka juga teman rapat, serapat daun dan bingkai pintu.

Pada suatu tengah hari yang super panas, mereka berdua terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang amat dahsyat. Dek kerana bahang yang meluap-luap, Soldi mencapai butang pendingin hawa dengan tangan kiri dan memulasnya sekuat hati. Seminit selepas, Soldi menarik nafas panjang. Lega.

Firo senyum melihat rakan karibnya begitu senang. Soldi membalas senyum dengan penuh kasih sayang. Beliau menarik nafas panjang. Tiba-tiba keningnya berkerut. Seakan sesuatu sesuatu mengganggunya. Matanya menjeling ke arah Firo.

Soldi: Kau kentut Firo??? #&%$@* punya kawan!
Firo: Sorila bro. Ketentuan Allah. Tak dapat hamba nak menahannya...

Soldi membuka tingkap dengan laju. Tak tahan sangat mungkin. Setelah beberapa puluh minit, kereta yang mereka naiki sudah mampu memecut laju.

Soldi dan Firo bersembang seperti biasa. Suasana aman seketika sehinggalah Firo berasa pening dan mual. Terasa nak muntah.

Soldi: Kau ok tak? Aku bawa laju sangat?

Firo: ... (menggeleng-gelengkan kepala sambil melambai-lambaikan tangan kepada Soldi)
Soldi: Ok tak? Kalau rasa nak muntah aku boleh singgah stesen minyak depan tu.
Firo: ... (masih lagi membisu sambil mengangguk kepala)

Mereka singgah sebentar. Setelah habis satu lagu diputarkan, Firo keluar dari tandas dan memandang Soldi dengan penuh kebencian. 

Firo: Kau kentut kan?
Soldi: A..ah..kenapa?
Firo: Lain kali kalau nak kentut tu bagitahulah. Dah la bau macam bangkai. %$#@* punya kawan.
Soldi: Maaf la kawan. Itu semua ketentuan Allah maa...

Firo: Pffffffftttttttttttt!

Soldi senyum dengan penuh kasih sayang. Macam ni =).