Sunday 27 October 2013

Papan Kekunci QWERTY

Saya tak tahu menulis. Jujur saya tak tahu menulis. Menulis artikel okeh!

Selama ini, segala apa yang saya sebarkan di ruangan ini hanyalah sebagai luahan hati. Pengalaman, catatan dan sebagainya saya rojakkan di sini. Bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan rujukan mahupun panduan. Unsur ilmiah yang kosong, hujah lemah yang tidak berisi serta kata-kata yang tidak bermotivasi, inilah tulisan saya. Tapi bukan bermaksud saya betul dan kebal daripada komentar. Saya juga dahagakan proses pematangan penulisan seperti itu.

Maaf jika saya mengecewakan anda dengan cara penulisan cincai sebegini. Saya akan terus menulis meskipun anda menghalang saya dari menyentuh papan kekunci, memotong pakej jalur lebar yang saya langgani, merampas semua alat tulis yang saya ada bahkan melaporkan saya kepada JKKK Kampung Pisang. Saya akan terus menulis, menyebarluaskan mesej ini kepada seluruh dunia dengan cara saya sendiri.

Kerana saya pun tak tahu, tulisan mana yang mampu mencuit hati-hati itu untuk kembali kepada fitrah illahi. 

Maaf, saya tidak mampu untuk meninggalkan ladang ini. Huhu..

Titik.

credit

No comments:

Post a Comment