Monday 1 October 2012

Mata Awak Sangat Cantik

Saya sangat suka memerhatikan manusia, terutama sekali pada bahagian . . .

. . . mata . . .

Kalau dalam telefon bimbit, pengguna telefon bimbit yang dilahirkan pada tahun 2008 ke bawah lazimnya akan melukiskan mata dengan pelbagai bentuk. Sebagai contoh:

[=.=]          [*.*]           [O.O]            [o.O] 

dan puluhan lagi bentuk yang lain tidak termasuk dengan tanda-tanda amannya.

Dalam memerhatikan mata, saya sangat suka mata yang cantik. Mengapa? Sebab ia cantiklah.

Tapi apa "Mata Cantik" yang Mr. Serai maksudkan? Izinkan saya mencirikan dengan ayat yang lebih sopan sedikit.

"Mata awak sangat cantik, 
Saya sangat suka dengan mata awak,
Mengapa saya katakan begitu? 

Sebab... 
Awak tak kisah mata awak tidur awal atau lewat, 
Cukup rehat atau tidak, 
Kecil atau besar, 
Semua itu awak tak kisah, 
Asalkan Pencipta mata awak nampak mata awak berfungsi dengan "baik", 

Saya sangat cemburu dengan mata yang cantik,Macam mata awak, 
Mata yang terus bersemangat untuk menyegarkan anggota tubuhmu yang lain supaya bergerak, 
Mata yang tak kenal penat menilik surat cinta Maha Pencipta, 
Mata yang merutinkan bangun di tengah malam mengejar redhaNya, 
Mata yang sentiasa terjaga dari sesuatu yang bukan hak untuknya, 
Mata yang sudi menangis kerana cinta kepadaNya. 

Dan setulusnya,Saya masih cemburu dengan mata yang cantik . . .
Ya Allah, kurniakan kami "mata-mata yang indah", mata yang berfungsi dengan baik seperti yang Engkau perintahkan. Jadikanlah kami orang-orang yang menjaga "mata-mata indah yang telah Engkau berikan kepada kami. Amin..."


P/S: Jaga baik-baik mata-mata yang cantik.

No comments:

Post a Comment