Sunday 27 October 2013

Membelek Papan Chenta

Selalu kita dengar ayat-ayat manis yang sebegini rupa.

- Aunt Etah
"Beruntungnya awak. Dah la Rozi tu hensem, pandai masak pula."


- Inche Yokushi
"Tak akan ada wanita yang lebih baik selain dia. Untung lerr Kagami."

- Ahmad Schovelenski
"Dunia ini kecil. Sejak keluar dari sekolah rendah sampailah nak kahwin ni, hanya Siti seorang yang mampu memasak aiskrim goreng perisa belacan yang saya suka. Beruntungnya bakal suami dia ni."

Untung lerr...

Sungguh tidak dapat dinafikan semua orang inginkan chalon suami atau isteri yang berkemahiran tahap tinggi, comel dan kiut, pandai iron baju, masak rendang cili api berkari kaw-kaw dan sebagainya. Apatah lagi dengan tuntutan semasa yang memerlukan penjanaan modal insan yang seimbang dari segi JERIS (jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial). Lebih-lebih lagi kalau beliau seorang yang alim, hafal sekurang-kurangnya sejuzuk Al-Quran, seorang imam yang bersuara merdu, rajin berqiamullail apatah lagi tiap subuhnya di masjid. Fuh! Untung.

Tapi takkan lah untung seorang kot? Sedangkan makcik Seri yang menjual karipap pun mahu pelanggannya berasa beruntung memakan karipap yang dibuatnya di samping mendapat untung jualannya, inikan pula orang lain bukan?

Kejamnya bila kita mahu keuntungan itu cuma di pihak kita sahaja dan bukannya dirasai bersama oleh orang yang akan bersama untuk masa yang lama. Kejamnya bila hanya Ahmad Schovelenski sahaja yang beruntung manakala Siti tidak merasai sedikitpun keuntungan dek kerana perangainya yang hanya suka bermain game dan bukannya menghafal juzuk 30 atau belajar masak ayam goreng madu.

Pernah seorang hadek bertanya dengan saya. Berkali-kali soalan yang sama diajukan tanpa sebarang tanda-tanda putus asa.

"Abang hensem, apa ciri-ciri wanita idaman abang hensem?"

Senyum, tenang dan penuh bergaya saya menjawab,

"Seorang wanita yang bila dia memasak air, tak hangit."

Gelak dengan penuh keji. Puhahahaha..

Berapa ramai lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang memburu jodoh yang sempurna, membidik untung memilih individu baik-baik, menapis segala keturunan dan menghitung-hitung kelebihan bakal pasangan hidupnya kelak namun lupa bahawa dia juga perlu berusaha memastikan sidia beruntung memilikinya?

Credit


Membelek-belek Papan Chenta,
Tatkala potretnya menyusur masuk ke dalam skrin,
Tenang terasa memandang wajah sejuknya,
Hati pantas memasang niat suci katanya,
Melompat-lompat jiwa itu ingin hidup bersama,
Dicatat elok segala kelebihan sidia,
Di simpan rapi setiap gambar yang ada,
Menghulur tali mimpi indah,
Ingin bersama,
Beranak, bercucu, tua bersama,
Matinya pun begitu hendaknya,
Di mulut itu hanyalah keindahan rupa parasnya,
Di telinga itu ada semua senarai menu yang dia mampu sajikan,
Wah beruntungnya!
Persiapkan diri,
Bukannya siapkan diri untuk menerima,
Tapi siapkan diri agar dia kelak untung seperti kita,
Itulah namanya untung bersama..



Pelik...Inche Tomato demam kan?

No comments:

Post a Comment