Saturday, 22 September 2012

Kerdilnya si Kura-kura

Malam semalam, sebelum detik 21 September 2012 saya sampai di salah sebuah lapangan terbang yang terkemuka di tanah air terchenta. Terlewat sedikit daripada jam-jam ketibaan yang biasa. Itu bukan kuasa Calypso dalam wayang lanun tu untuk menurunkan hujan dan meniupkan angin kencang, tapi semuanya terletak di tangan Maha Pencipta.

Saya dan seorang sahabat baik (sebenarnya bertiga, tapi tak jadi) terliur sangat nak berjalan-jalan, melancong dan menghabiskan duit Henche Papa dan Phoan Mama masing-masing di samping membelanjakan masa hujung minggu bersama di sebuah bandaraya yang agak pesat pembangunannya (sebenarnya ada program nak ikut, tapi tak jadi juga). Tiba di sana kami di sambut oleh seorang member berbaju merah berseluar coklat-coklat kelabu, dan tentunya bukan berkain. Kesian member tu, tunggu punya tunggu, dari sebelas ke pukul duabelas jadinya. Hanya Allah dapat membalas jasa baik beliau.

Sampai pun dah mengantuk sangat-sangat, tapi disebabkan oleh senyuman mesra dan kesanggupannya untuk menjadi supir kami pada malam tersebut, saya berjaya menemui dua batang pencungkil gigi sebagai penongkat mata. Eeee...

Itu cuma warming-up cherita. 

Lebih kurang 45 minit kemudian, kami selamat sampai ke rumah yang dituju, yakni rumah penginapan. Dari luarnya nampak biasa, masuk ke dalam semua nampak berbeza. Bukan sebab fasiliti ataupun kemudahan, tapi siapa yang mengisinya. Ya, mereka adalah orang-orang osem yang super. Hampir semua daripada penghuni dan penziarah rumah ini adalah orang osem yang super dan semuanya dalam fasa sarjana dalam umur lebih kurang dengan Henche Serai yang masih mentah ini lagi. Cemburunya...

Orang osem level super ini bukannya macam orang biasa atau yang osem ordinary, tapi lebih super dari itu. Kerdilnya rasa. Macam tak padan nak duduk sesofa dengan mereka.

Tapi yang lahirnya, mereka seakan orang-orang yang perlahan [sebut: slow], yang lembut, dan tidak menonjol sangat. Bila dibelek dari sisi gerak kerja, mereka sangat kukuh, kuat dan tegas. Nampak tak laju tapi sebenarnya mereka sedang bergerak sangat laju.

Teringat pula dalam majlis minggu lepas, sebuah majlis yang sebenarnya di atur untuk mengumpulkan seluruh siswa & siswi seluruh tanah tempat berkerja ini untuk menyelaraskan gerak kerja masing-masing. Bezanya cuma yang dijemput adalah orang osem super. Entah macam mana saya boleh termasuk sama. o.O?

[Untuk pengetahuan semua, Henche Serai masih lagi di bawah aras rendah]

Aneh sungguh rasanya. Berkumpul dengan orang-orang sebegitu, buat pertama kali pula. Memang kekok jadinya. Pengalaman duduk sebulatan dengan mereka, berbincang tentang apa yang perlu dibuat memang memeningkan. Maklumlah, masih belum sampai ke situ lagi.

Secara semulajadi, semua nak jadi osem, tapi dalam langkah menuju tahap itu ramai yang tidak dapat bertahan. Bila dah jadi osem, ramai pula yang tak dapat bertahan lama. Bila dah jadi super osem, baru kita boleh nampak, mana satu kaca dan mana satu permata. 

"Bergabung" dengan mereka biar untuk seketika membuatkan saya terasa disepak sebelah kiri telinga. Akhirnya saya nampak dengan sangat jelas:

1. Bukan sedikit yang mahu mengejar redhaNya, tapi filter Allah itu sangat-sangat halus. Hanya yang mampu menghaluskan diri mengikut alurnya dapat masuk ke dalam, yang besar sangat tu kenfemlah tinggal. 

2. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan, komitmen yang mesti diberi dan fulus yang pastinya terbang dengan sendiri untuk menjayakan cita-cita ummat ini dan semua itu perlu dilalui memandangkan saya mengikuti laluan yang sama dengan mereka.

3. Bangga dengan diri bukan satu sifat yang patut dipraktikkan sekarang. Malu sendiri jadinya. Setakat usaha-usaha keras yang kita lakukan masih belum cukup untuk menampung tanggungjawab yang lebih berat lagi.

4. Untuk membeli level-up Osem itu, ada nilai-nilai yang Allah eksplisit yang telah tentukan untuknya.

5. Orang osem itu memang lagaknya seperti kura-kura, lambat tetapi hanya beberapa kelompok nampak impaknya.


Alahai kerdilnya si kura-kura, geraknya lambat tapi hasilnya hebat! Begitulah lagaknya orang-orang Osem. Mereka faham dan tersangatlah faham bahawa tujuannya bukanlah untuk mengumpulkan ramainya pengikut, yang sentiasa menyokong dan membangun organisasi, tetapi untuk menggali logam, mengikis karatnya dan menggilapnya hingga bersih dan kemudian menjadi aset yang paling berharga untuk ummat dan menjadi jiwa yang sentiasa berada dalam redha Allah. Dan itu adalah tugas setiap manusia.


credits


P/S: Henche Serai akan berangkat pulang pada pagi ahad, insyaAllah. Doakan keselamatan perjalanan pulang beliau. Kepulangan beliau akan disambut dengan sesi perkhemahan untuk menaikkan pangkat kepada...yang lebih tinggi. Ada beberapa post yang masih tergantung di jendela minda, belum dapat dipindah-tafsir ke kod-kod bermakna. Nantikan kemunculannya! [Cehhh...Eksyen lebih]

No comments:

Post a Comment