Saturday 4 May 2013

Originality & Quality

Sudah beberapa purnama kirannya belog ini ditinggalkan berhabuk usang. Tanpa sebarang isi mahupun jenguk sakan. Tidak seperti belog-belog lain yang hidup dan dijaga rapi. Digilap setiap hari. Fuh! Saya masih belum punya kekuatan seperti itu.

Jujur saya katakan, menulis bukannya senang. Itu bagi penulis bawahan seperti Inche Tomato. Ia tak sama dengan mengupas kulit bawang satu persatu, tidak semudah mengunyah kacang bendi dan membuka penutup botol minuman bergas. Tidak semudah itu.

Setiap untaian suku kata yang digabungkan menjadi perkataan dan kemudian digabungkan lagi perkatan yang banyak menjadi ayat itu adalah datangnya daripada hati saya sendiri. Setiap yang saya tuliskan (hakikatnya ditaip) adalah datangnya daripada hati saya sendiri. Kecualilah kiriman-kiriman yang sudah saya nyatakan bahawa ia adalah COPAS semata-mata. Mengapa begitu? Mengapa tidak diCOPAS sahaja seperti beberapa tulisan yang lain? Kan senang, mudah dan efisien!

Betul. Saya sangat-sangat setuju dengan pendapat itu. Tapi apa yang saya utamakan dalam setiap penulisan adalah Originality & Quality (Keaslian & Kualiti). Bukanlah saya katakan bahawa setiap tulisan saya itu menjadi rebutan para editor majalah kerana kualitinya yang mantof: (mantap), bahkan ada yang sangat-sangat tidak berbaloi untuk menjadi tatapan umum dan memabukkan. Tetapi apa yang ingin saya ketengahkan adalah setiap keaslian tulisan itu menjadi tunjang kepada tulisan yang berkualiti kelak.

You got the point?

Dalam menulis artikel-artikel pendek dan marhaen, saya kurangkan untuk meniru artikel ataupun tajuk yang sudah dikupas orang lain dan berusaha untuk mencari tajuk kupasan sendiri. Kebanyakan apa yang saya catatkan di hamparan belog ini adalah hasil daripada pengalaman saya sendiri dan memang saya alami sendiri sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Sekali lagi saya tanyakan sendiri. Mengapa begitu wahai Inche Tomato?

Dengan itu, saya dapat menilai di mana kedudukan saya sekarang ini. Menulis sebegitu menjadi salah satu cara untuk saya membuat refleksi diri dan membuat timbang tara di antara ilmu dan amal saya sendiri. Adakah ilmu ataupun amal yang lebih berat, ataupun ianya seimbang.

Menyebut soal ilmu & amal, teringat ayat chenta dari Allah yang bermaksud:

“Sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela Kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”

(Al-Jumu’ah 62:5)


Serius-ly...saya tak nak jadi keldai itu.

Menurut perkiraan saya, seharusnya setiap individu harus belajar untuk menulis. Walaupun sepatah dua. Belajar untuk meluahkan sesuatu pada media yang berbeza. Bukanlah saya ingin mewajibkan penulisan sebagai subjek wajib di sekolah mahupun institusi yang lebih tinggi kemudian mewartakannya sebagai manifesto saya tetapi saya ingin setiap orang belajar. Belajar untuk menulis. Kalau pun bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri pun sudah lebih dari cukup.

Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa menulis adalah ruang untuk kita menilai kembali setinggi mana ilmu yang kita ada dan setebal mana rekod amal kita berpandukan ilmu yang kononnya penuh di dada.

Pernah atau tidak anda melihat seorang cikgu yang mengajar subjek kemahiran hidup dengan buku-buku tebal di tangan tetapi belum pernah sekalipun beliau menggenggam tukul dan seorang pak cik tukang buat rumah mengajar anda cara menukul paku dengan betul tanpa sehelai pun kertas "Manual Menukul" di dalam kocek bajunya?

Saya rasa ada perbezaannya di situ bukan?

Mana mungkin seorang yang belum pernah memegang tukul mampu mengajar anda cara menukul paku dengan betul menggunakan buku-buku yang tebal. Mungkin anda boleh menerima apa yang diajarkan oleh pak cik tersebut dengan cepat walaupun baju beliau koyak dan rabak.

Point yang saya ingin anda kunyah lumat-lumat di sini adalah ilmu tanpa amal apabila disampaikan, hasilnya cuma maklumat semata. Apabila ilmu yang ada diamal dan kemudian disampaikan, maka outputnya adalah ilmu yang lebih tergilap dan itu adalah satu originality yang saya mahukan. Mungkin boleh saya ringkaskan sebegini:


Ilmu + (-amal) = maklumat

Ilmu + (+amal) = ILMU yang sudah digilap chanteq!

=.=' 
I'm not an expert in making such equation. I really sure you won't understand what is the meaning of that things.

Arghh! Abaikan. Apa yang penting adalah ilmu itu perlu diamalkan dahulu sebelum disampaikan kepada orang lain.

Itulah sebabnya saya mementingkan Originality & Quality. Di situlah saya dapat menilai pada tangga mana saya berada sekarang ini. Jangan marah kalau saya lebih banyak merepek kerana itu adalah atas kekurangan tangan yang selalu buat typing error. (Tunjuk tanda aman dan sepetkan mata)


- End of Story



P/S: Maafkan Inche Tomato atas tulisan yang tidak berperikemanusiaan ini. Abaikan sekirannya ia tidak mengenai batang hidung anda.

No comments:

Post a Comment