Thursday, 12 January 2012

Ambillah Rasa Sendiri

Tatkala kita tgh "sedap" mengumpat, waaahh......hepinyaa sampai melompat2... Tp bila dah kena btg hidung sendiri, haduii...maki hamun seantero dunia. "Dia tu mmg jht, sy bg madu, racun dibalasnya. Kita buat baik, mcm tu kita dibuatnya?" Padahal tak tahu lagi yg kita bg tu betul2 madu. Kadang tak terdetik pun dihati..


Betulkah apa yg kita buat ni? 
Apa perasaan org yg kita "kata" tu bila dia dgr nanti?
Pendengar setia kita pulak betul2 jujur tak?
Bolehkah dia simpan rhsia aib2 org yg kita canangkan atas niat baik kita ne?

Begitulah kita, asyik terlupa...



A012
(Al-Hujuraat 49:12)


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." [49:12]

Tak ada yg mustahil pada zaman ni. Tak hairanlah kalau ada org yg sggup "makan daging saudara sendiri." Ayah pun selalu pesan, "Ambil rasa sendiri..." Kalau agak2 kita pun tak suka dibuat mcm tu, orang lain apatah lagi?

No comments:

Post a Comment