Tuesday, 17 January 2012

Bulatan Gumbira

Menurut Serai Kasih (2012), "Bulatan Gumbira" bermaksud bulatan yang senantiasa menggembirakan...hehe. Baiklah! Cuba kita pecahkan dua rangka kata ini kepada dua, yalah...takkan tiga? "Bulatan" & "Gumbira".


Bulatan : Bentuk, sesuatu yang berbentuk bulat, tidak mempunyai sebarang titik putus (sentiasa bersambung). Nampak macam 'roundabout' sikit ok!
Gumbira : Perkataan yang lazim digunakan pada era2 1940-an begitu yang membawa maksud perasaan riang, tawa, mesra & gurau senda.


Boleh nampak tak? Nampak tak ne? Boleh?? Boleh faham kan?? =.=' Tak faham lagi la tuu . . .


Pencerahan (Ceh3x...mengada..)
Secara kesimpulannya, "bulatan gumbira" ini terdiri daripada insan-insan (titik-titik) yang sentiasa berhubung (bersambung) dan terikat oleh tali ukhuwwah & kemudian membentuk satu bulatan (halaqah). Tapi insan2 ini tidak hanya berlegar2 di dalam bulatan ini sahaja. Setelah "round2" dalam tu, mereka akan keluar dan menyebarkan "kegumbiraan" itu seluas2nya agar mereka yang berada di luar bulatan akan turut sama merasakannya seperti sebuah kereta yang melalui satu "roundabout". Segala kegembiraan, kesedihan atau apa sahaja pasti dikongsikan di sini. Apabila bulatan ini semakin teguh, ianya secara semula jadi akan membentuk satu keluarga (usrah) yang sangat2 OSEM!!!
Cerah tak? Bolehlah sikit kaaan . . . :D


Bulatan Gumbira ini telah dibentuk oleh Allah untuk yang telah masuk ke dalamnya agar mereka lebih mudah mendekatiNya. Ini adalah satu bukti bahawa perancangan Allah itu sangat tepat, tidak akan ada cacat celanya. Saya sangat2 pasti, anda tidak akan dapat menjangka siapa yang akan bersama anda dalam "bulatan" itu kelak.


Namun, dalam mengenali bulatan kegumbiraan ini, pasti hatimu akan berbolak balik, tak mustahil beb!!


Saya nasihatkan, sekirannya hati itu masih ragu, buanglah 'ragu' tu, macam buang kertas dalam tong sampah & pilih "Bulatan Gumbira" untuk dirimu. Saya dengan yakin dan pasti! Anda akan jadi manusia OSEM! Memang Osemlah!!!


Credit
Saya dengan rasminya ingin mempengaruhi / menghasut / membatu api / menasihati / mencadangkan / memberi pandangan / membisik hati anda untuk masuk "Bulatan Gumbira". Carilah walau dalam se'busy' mana pun, walau anda perlu merangkak sekalipun, carilah "bulatan" yang Allah telah takdirkan untuk anda! 


Ana dah jumpa, enta bila lagi???

No comments:

Post a Comment