Sunday, 15 January 2012

Kekalkan dirimu dalam "Radar Syukur"

Dah bangun tak ne? Aduuuuuu....taik mata masih melekat lagi. Tak apalah..janji masih hidup..hehe


"Setiap kali membuka mata, pastinya Allah telah membuka peluang sekali lagi buat kita. Namun dalam jutaan peluang yang dicurahkan, ingat kembali tentang nisbahnya dengan rasa syukur kita kepadaNya."


Itulah kata-kata yang terukir di dalam minda hari ne. Bangun-bangun dah ingat mcm tu. Tapi betul jugak kan? Buka-buka mata kita ingat apa?
  1. Lapar
  2. Belum Mandi
  3. Kuliah
  4. LC yang kusayangi..=P
Jarang sekali terfikir bahawa Allah SWT telah mengembalikan roh kita ke dalam jasad yang dipinjam ini. Syukur tu jauh sekali. Tahulaah...dah sedap sangat tido..

I'm sleeping bro...
Apa yang saya nak "highlight"kan di sini adalah frasa bombastik kononnya, "Radar Syukur". Bayangkan di minda anda semua sedang memegang sebuah radar pengesan jet pejuang. Ahaa...sikit lagi...yang tu la..betul la tu.. Radar macam tu lah. Hehe
Alhamdulillah sekirannya anda masih berada dalam lingkungan radar itu. Bukan senang nak buat. Selalu terlupa. 



Radar itu sepatutnya ada pada diri setiap manusia, seperti hand phone juga. Saya risau  kalau-kalau kita terlupa membawa radar, nikmat-nikmat yang kita lompatkan selama ini ditarik dalam keadaan kita tidak bersedia, maki hamun jadinya.
So...ingat-ingatkan diri anda, saya dan orang sekeliling anda untuk sentiasa membawa alat radar masing-masing. Takut terkeluar pula...^^


"Dan Dia lah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Ia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Ia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan." (Al-An'aam 6:60)

No comments:

Post a Comment