Tuesday 31 January 2012

Serius Kejam!

Anda tahu tak kejam tu apa? Kejam tu bermaksud apa? Kejam tu apa sebenarnya???
Kejam tu bermaksud "cruel". Sama jer pon . . .


Ok2. Saya tahu anda semua kenal dengan makhluk bernama "kejam" itu. Tapi saya tak nak fokus dengan beliau, saya nak anda fokus dengan berita-berita kejam yang kita hadapi setiap hari.


Bulatan Gumbira Anda


Situasi 1:
Bayangkanlah sekarang ini kita tengah berlompat riang di dalam bulatan gumbira. Tiap minggu berbulatan gumbira, bahkan ada yang tiap hari! Wah...osem level 7! Tengah syok2 berkejar-kejaran, kita menjenguk seketika di luar sana. Masih ramai lagi yang belum menikmati kegumbiraan seperti kita. Tapi kita tak panggil mereka masuk ke dalam ruang kita untuk bersama menikmati kegumbiraan ini. Tu tak kejam? Serius kejam!


Buku laa...apa lagi?


Situasi 2:
Bayangkanlah kita sedang berkonferens riang. Sibuk menelaah ilmu, mentaakul dan bermacam-macam "me" & "men" lagi. Menambah pengetahuan yang memang dari dulu secetek titisan air di atas lantai. Lepas tu biarkan kawan kita di luar terkapai-kapai kelemasan. Serius kejam!


Situasi 3:
Bayangkanlah saya cuma menulis dua situasi sahaja untuk anda baca. Lepas tu saya biarkan orang di luar sana tercari-cari lagi contoh yang lebih kejam daripada dua di atas. Kemudian anda semua berkata, "Boring nak baca kalau macam ne..." Itu... Serius kejam!


Maka dengan itu, untuk tidak berlaku kejam lagi, sebarkan kegumbiraan ini seluas-luasnya. Bukan nak main kenyang sendiri ok! Itu serius kejam!


"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan." (Al-Anfaal 8:24

No comments:

Post a Comment