Tuesday 31 January 2012

Advance Colour!

"Fuh! Lawa la kaler! Lu tukar cat oh ah chai? Bagus loh, saya suka ini kaler."


"Kenapa lu tukar kaler?? Buruk laa...Tak nampak macam LC. Dah macam motor 80an..."


"Aik? Tukar kaler? Urmm...boleh la tu..."


Bila motorsikal yang kita sayangi berubah warna daripada 'basic colour' kepada 'advance colour', kompem ramai yang akan datang bertandang. Menziarah motor 'baru'...


Tym melawat tu pulak, mestilah diorang bagi respon yang menyemangatkan atau tidak menyemangatkan anda pun. Tak heranlah. Itu la tugas diorang. Anda cuma perlu tebalkan telinga, terima seadanya. (Muka pasrah). Haha...






Sebagai agen perubahan, (ceh2...) kita tak perlu ambil kisah dengan semua tu. Itu kan cuma pandangan manusia sahaja. Makhluk ciptaan Allah yang sebiji macam kita. Bisikkan  di hati, kita nak raih redha siapa sebenarnya? Redha manusia atau redha Allah?


Kadang-kadang I bersimpati jugak tengok sister-sister (akhwat) kita yang kadang-kala ditembak habis-habisan menggunakan peluru 'Angry Bird' hanya disebabkan tudung yang lebih panjang seinci daripada semalam. Oh! Itu kejam.


Antara peluru-peluru terbaik...


Banyak la pertanyaan yang akan keluar daripada bibit-bibit bibir mereka...
"Tudung awak dah makin panjang la sekarang...hehe.." (sambil tersenyum kambing)
Sabar sajalah wahai sister-sisterku yang disayangi Allah. Sedarlah bahawa itu adalah salah satu daripada intiqa' buatmu.


Mereka sebenarnya bertanya sebab nak tahu. Bila melihat anda semakin tenang setelah masuk ke dalam bulatan gumbira.
So! The conclusion is:-
"Padah bena-bena dengan sidak ya. Padah bena-bena pasal kegumbiraan kitaorang dalam bulatan gumbira ya. Sekda masalah."


Translation by Serai:
"Khabarkan sebenar-benarnya dengan mereka. Khabarkan sebenar-benarnya tentang kegembiraan anda dalam bulatan gumbira. Tak ada masalah."


Dan yang paling penting adalah, jangan pernah patah semangat. Kalau patah pun, cepat-cepat sambung balik. Bisikan-bisikan itu pasti datang dari semua sudut, tidak kira dari orang yang jauh mahupun dekat bahkan orang yang kita sayangi sendiri. Renung baik-baik pesanan Allah dalam surah An-Naas.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia."Yang Menguasai sekalian manusia,
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam,
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".
An-Naas 114:1-6


Teruskan melangkah jika anda yakin bahawa jalan ini benar & pasti bahawa jalan inilah yang paling benar! HoHoHo (Versi Eksen Kamen) Seandainya mereka bertanya sambil ketawa sinis, jawablah dengan sehalus mungkin diiringi senyum ikhlas dan tanda peace. Semoga Allah memberikan kita kekuatan berterusan dalam perjuangan ini.


Akhir kata dari saya, (speech rupanya?)
Kita ini ibarat pokok-pokok di dalam hutan belantara. Masing-masing akan berusaha mengejar cahaya untuk terus hidup. Dan kita akan terus berusaha untuk lebih tinggi, kerna kita tahu hanya dengan bercambah ke atas lebih banyak cahaya matahari kita akan dapat. Perhatikan pokok. Masing-masing tidak kisah dengan keadaan sahabatnya yang kadang-kala tidak sempurna, berkudis, dan banyak lagi. Semua menumpukan 100% kuasa diri untuk terus mengejar cahaya. Tapi macam biasalah, akan ada yang datang mengganggu & terus mengganggu. Makhluk pikasa yang menganggap diri mereka manusia akan datang untuk menebangmu! (jeng3...)
So...berhati-hati. Andai kamu tumbang, biarlah sebagai seorang pejuang. Pejuang untuk memerdekakan dirimu dan orang lain dari belenggu jahiliyah.


Pilih antara dua:
Hidup mulia
Atau
Mati syahid
...dan aku memilih untuk mati syahid...

No comments:

Post a Comment