Wednesday 16 May 2012

Dunia ini Super Sibuk!

Dunia sekarang sudah sangat-sangat maju (pada pandangan mata). Semua ada, tapi tak semua jugalah...mungkin sedikit sahaja...


Tapi betul, dunia ini Super Sibuk! Yalah, mana tak sibuknya kalau kita asyik nak betulkan taraf hidup, mengejar kemajuan, menggali kesempurnaan. Tak tahu di mana penanda arasnya. Terlalu sibuk hingga kita hanya menjadi lebihan kepada dunia (bahan buangan la maksudnya - sampah, najis, etc). Atau dengan bahasa mudahnya, tidak menyumbangkan apa-apa kepada dunia.


Kemana sahaja kaki kita melangkah, pasti makhluk sejenis dengan kita sibuk sangat-sangat dengan hidupnya. Hingga tidak ada masa untuk Allah, yang khusus untuk Allah sahaja.


Hasil survey selama beberapa tempoh masa, ramai akan mengatakan bahawa ibadah cuma sisipan hidup. Sebagai cakupan syarat untuk menjadi seorang manusia. Satu kaedah untuk "release tension" sahaja, padahal ia lebih daripada itu. Secara kesimpulan, Allah hanya untuk semua yang di atas. Bagaimana boleh kita ketepikan Pencipta seluruh bimasakti ini begitu sahaja??


Kita dijadikan oleh Maha Pencipta dengan tujuan dan fungsinya. Bukan diciptakan untuk suka-suka. Seperti cherita seorang tokoh terkemuka yang tidak percaya bahawa kita ini sebenarnya ada yang mencipta dan ada fungsi tersendiri. Mari kita ikuti kisahnya . . .


Pada zaman dahulu kala, terdapat seorang pengusaha industri kasut yang sangat-sangat kaya, berharta dan berparas rupa tinggal di sebuah bandar yang dinamakan sebagai Bandar Punato Kiosk Selatan. Bandar ini adalah bandar terbesar antara 4 bandar yang ada di Negara Pegdaun. Setiap hari begitu banyak dan bertimbunnya pernghasilan kasut beliau. Lupa nak perkenalkan nama. Beliau bernama Shoeshiah Shoei atau dengan nama manjanya Buntal (disebabkan oleh bentuk tubuh badannya yang agak gempal). 


Perniagaan beliau ini sangat-sangat berjaya dan tidak pernah mengalami kerugian walaupun sekali. Dengan keuntungan yang bertimbun-timbun inilah beliau lupa dengan tugasnya. Tiap hari penuh dengan keseronokan dan hibur-hiburan. Apa yang kurangnya adalah, beliau tidak percaya adanya Tuhan dan adanya fungsi manusia. "Hidup cuma sekali, nikmati setiap hari!" Begitulah bunyi slogan syarikatnya. Tapi yang istimewanya tentang beliau, walau banyak mana pun kasut yang beliau hasilkan, dia hanya sayangkan sepasang kasut sahaja, iaitu kasut kepunyaan ayahnya. Berwarna cokelat Cadburry, berbentuk khakis berkilat dan bertapak yang tidak pernah haus sejak berkurun lamanya. Mungkin sebab itulah dia begitu gemar akan kasut ayahnya, KUALITI BOLEH TAHAN OOO!!!


Warga dewan diminta bertenang.


Pada suatu hari, beliau berjalan kaki dengan kasut khakis kesayangan beliau ditakdirkanlah beliau terpijak lopak air berlumpur. Betapa berangnya dia bila 5 saat selepas berlakunya insiden itu. Dengan marahnya beliau menghujani lopak itu dengan kata-kata kesat. (Kita skip ayat-ayat kesat) Dia pun bergegas menuju kepada seorang anak kecil yang menjadi pengilat kasut di tepi jalan dengan terlompat-lompatnya. Dengan penuh yakin dan hidung menadah hujannya beliau meletak kaki di atas sebuah blok kayu khas untuk penggilap kasut itu sambil duduk megahnya di atas sebuah kerusi kayu. Beberapa minit setelah berada di situ, anak kecil yang comot-momot itu pun bersuara.


Anak Kecil: Kasut tuan sangat cantik. Mesti mahal harganya.
Tuan Buntal: Bersihkan saja, jangan banyak cakap.
Anak Kecil: Sudah ribuan kasut saya gilap, inilah yang paling sempurna. Lihat saja pada talinya yang diperbuat daripada benang ulat sutera terbaik di dunia. Tapak kasut ini pun pastinya sudah lama digunakan tetapi masih dalam keadaan yang sangat baik.
Tuan Buntal: Bagaimana kamu tahu semua itu wahai anak kecil?
Anak Kecil: Saya pun penggemar kasut tuan. Saya sangat-sangat berminat dengn kasut. Tapi saya tak mampu untuk memakai kasut semahal yang ada pada zaman ini. Sebab itulah saya menjadi seorang penggilap kasut. Dengan itu, tiap hari saya boleh mengamati mana-mana kasut yang datang berkunjung.
Tuan Buntal: Kamu tidak menikmati hidup kamu seoptimum yang mungkin. Hanya menjadi seorang penggilap kasut tidak akan menjadikan hidup kamu lebih bermakna. Hayati hiduo ini! Nikmati hidup ini! Kita hidup cuma sekali budak!
Anak Kecil: Tapi saya lebih senang hidup sebegini tuan. Saya tak mampu untuk menikmati semua itu sebab saya tak mampu.
Tuan Buntal: Kamu boleh mendapat semua itu! Hanya dengan berusaha. Usaha kamu adalah segalanya!
Anak Kecil: Pernahkah tuan dengar tentang orang yang berusaha untuk hidup tetapi maut tetap berkeras mengambilnya? Di mana hasil usaha itu tuan?
Tuan Buntal: . . . 
Anak Kecil: Pernahkah tuan dengar tentang orang yang berusaha untuk hidup di dalam lautan tetapi tanah lebih berhak dengan nafasnya?
Tuan Buntal: Itu semua takdir! Saya tidak percaya semua itu. Karut! (Sambil menyinsing lengan bajunya.
Anak Kecil: Percaya adanya Tuhan?
Tuan Buntal: Tidak! Semua yang saya dapat ini bukan dijatuhkan dari langit, bukan terbelah di celahan bumi. Ini semua atas usaha saya sendiri!
Anak Kecil: Takdir itu seperti sebuah jadual. Seakan sebuah kebetulan tapi tuan perasan tak ianya sudah dijadualkan?
Tuan Buntal: . . . (kena tembak lagi)
Anak Kecil: Ada jadual, tentulah ada penulisnya bukan?
Tuan Buntal: . . . 
Anak Kecil: Manusia ini ada yang memerhati, menjaga, menyusun jadual hidupnya, mencipta, menghidup dan mematikan dan manusia juga berfungi.
Tuan Buntal: Teruskan.
Anak Kecil: Perbandingan mudah saya berikan. Lihat pada kasut tuan yang sangat cantik ini. Pastinya ada yang menciptakan, yang menyusun bait-bait tapaknya. Mestilah ianya berfungsi dan fungsinya adalah tersendiri. 
Tuan Buntal: (Tersipu-sipu malu). Apa fungsinya?
Anak Kecil: Tentulah untuk berkhidmat untuk tuannya. Beribadah untuk Tuhannya.
Tuan Buntal: (Dengan wajah keinsafan) Ajarkan saya caranya.
Anak Kecil: Kasut tuan sudah selesai saya bersihkan. Sila datang lagi. (Dengan senyuman gembira melihat Tuan Buntal kena tembak bertubi-tubi)


Sejak dari saat itu, Tuan Buntal sering datang ke situ untuk menggilap kasutnya.


Credit


Dunia ini Super Duper Sibuk. Tetapi usahakan untuk mengutamakan tugas utama kita terlebih dahulu. Jangan hanyut dalam kerja-kerja keduniaan hingga terabai proses DnT kita sendiri. Bagi da'ie (dan semua umat umumnya), itu lebih utama daripada segalanya. Berusaha tegakkan sunnah agung Rasulullah, walau sesibuk mana pun kita.


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya". 
Al-Baqarah 2:30


P/S: Inchek Serai berasa amat kecewa dengan diri sendiri. Masih terlalu banyak lopak-lopak air dalam DnT sendiri. =.=' One more thing. Minggu exam ini sangat memeritkan! :D

No comments:

Post a Comment