Saturday 21 April 2012

Bukan Satu Hobi

Malam yang sunyi, sendirian aku duduk melangit ke arah awan hitam tanpa bulan menjadi peneman kerlipnya bintang yang sering menjenguk rimbunan dunia. Aku diam, mencarik-carik luahan sanubari kononnya untuk dijadikan memori tatkala aku bukan di sini lagi. Aku temui satu ilham,  marhaen tapi itu satu peringatan bagiku . . . 


Di ambil dari laman sosial
Please. Ini bukan novel. Tersenyum sendiri.
Jangan betulkan skrin komputer riba anda. Laman ini masih lagi Serai Kasih dan belum ditukar ke dalam bentuk novel lagi.


Dakwah dan Tarbiyah. Dua enjin di dalam satu mesin yang bergerak serentak untuk membentuk satu Individu Muslim yang sejati (The Pure IM/Super IM/Super Duper IM/Supreme IM/Premium IM/Titanium IM/Gold IM... Pure IM tak lepas, nak bagi senarai panjang-panjang pula).


Dua enjin utama ini akan bergerak selari, sederap dan serentak dalam penghasilan IM. Tapi malangnya selalu terabai. Alasannya, sibuk dengan esaimen, kerja, tugasan, komitmen lain dan banyak lagi. Ada kalanya dua enjin ini kita gerakkan bersama, ada ketika cuma tarbiyah sahaja bergerak dan enjin dakwah pula terpegun kaku.


Ia seeloknya menjadi keutamaan kita berbanding urusan yang lain. DnT perlu diletakkan pada tangga teratas dalam carta rutin setiap manusia. Menjadi keutamaan di hati kita.


Malangnya saya sendiri masih lagi terkapai-kapai, terkejar ke sana sini hinggakan urusan penting ini terabai. Lemahnya diri ini. Terlalu gila dengan duniawi sampai melupakan "tugasan" Allah ini. 


Saya risau seandainya DnT dijadikan sebagai hobi di masa lapang sahaja. Sesuatu yang kita lakukan tatkala di masa lapang sahaja, bukannya kita melapangkan masa untuknya. Terlalu banyak yang diabaikan.


- Incik Serai -
* Kechewa dengan diri sendiri yang masih gagal mencapai KPI yang setarafnya. Istighfar . . .

No comments:

Post a Comment