Thursday 16 February 2012

Manusia suka cari masalah!

"Manusia mewujudkan satu masalah dan mencari penyelesaiannya sendiri."
Betul? Mesti anda fikir dua, tiga, empat kali nak jawab... :D


[Asyik-asyik dapat tazkirah "termenung". Inilah yang dipanggil sebagai "Tazkirah Termenung"]


Choba kita renungkan, betul atau salah statement di atas tadi? Siapa yang setuju silakan angkat tangan tinggi-tinggi!
Perhatikan masalah yang timbul pada zaman ini. Boleh bagi contoh?


10 Masalah Utama Zaman ini :-
1. Peperangan
2. Anak luar nikah
3. Kemerosotan ekonomi
4. Bencana alam
5. Akhlaq yang tidak seimbang
6. Jahil ilmu agama
7. Ketidakadilan undang-undang
8. Kemiskinan dan kebuluran
9. Rujuk no. 10
10. Banyak lagi / DLL / Lain-lain lagi (LLL)


Ana tahu, mesti antum semua dah nampak kan?
"Sesungguhnya yang nampak itu tentunya tahu dan faham walaupun sedikit." -Serai (=P)


Dalam senarai 10 tangga teratas masalah Power Rangers tu, fikirkan sumbernya. Dari mana datang masalah ini? Ada yang datang dari diri kita sendiri & orang lain pun sama. Tapi yang pasti, dan sangat-sangat pasti, semua masalah ini disebabkan oleh tangan manusia sendiri. Serius!


"Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya." (Al-Baqarah 2:12)


Ok2...saya bagi contoh lain...lagi cerah....
Cuba tengok bidang lain, pendidikan misalnya. Kalau murid sekolah rendahtu tak pandai membaca, tak hairanlah, normal tu. Tapi kalau dah 13 tahun plus-plus masih tak pandai baca lagi macam mana? Ganjil bukan? Saya sendiri pun terkejut kucing mendengar khabar tersebut. Ini serius berlaku!


Bila dah keluar berita sebegitu, maka berbondong-bondonglah manusia datang berlumba-lumba mencari jalan penyelesaian. Menjadi orang pertama yang konnnya menemui jalan terbaik. Selepas itu jadilah beliau "tokoh" dan orang yang sangat-sangat berjasa (pakar rujuk). Tanpa kita sedari, otak kita datangnya dari Allah, begitu juga dengan isinya (idea). Dari situ, terciptalah nama dan manusia pasti akan mencari atau menimbulkan masalah lain.


Kita berbalik semula kepada masalah tersebut. Datangnya pasti dari Allah, tapi siapa yang menjadi penyebab datangnya masalah? Kalau kita tidak disibukkan dengan hiburan, boleh kita fokus untuk belajar bukan? 


Ada juga kajian yang menunjukkan makanan adalah faktor penyumbang juga. Kalau benar begitu, tangan siapa yang menghasilkan makanan?


Perghhh! Sodap...
Mesti tak faham-faham lagi ne...
Baiklah, bincangkan dalam kumpulan, secara teliti akan masalah yang ada di bumi pada zaman ini. (Hohoho..)


Allah tidak akan menurunkan musibah, melainkan manusia mengundangnya. Jangan kata Allah kejam kalau masalah datang berturut-turut. Ingat! Musibah datangnya dari Allah kerana kita mengundangnya. Dan dalam setiap inci musibah itu, pasti akan hilangnya sesuatu dari kita. Husnuzon...Allah telah menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ...


*Tengah nak cari Nickname macam "Inche Ghabbana" dalam angel pakai gucci tu . . . hihi

No comments:

Post a Comment