Saturday, 14 January 2012

Azam Awal Tahun

2012, meninggalkan 2011 dengan lajunya. Memecut tanpa melihat kiri kanan, depan belakang. Janji sampai kan? Hehe...

Dah sampai tahun baru ne, mestilah semua rancak menanam azam baharu kan? Bagus betul la diorang ne...masuk ajar. :D

Mungkin dah agak terlambat sangat la katakan untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu. Tapi...saya nak ucap jgk! hehe

Kali ne saya nak berkongsi pasal satu hadis yang lazim kita dengar @ baca. Hadis ne berkait rapat dengan azam dan ianya berbunyi begini...jeng3x...


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin Al-Khattab r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya diterima amal seseorang itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan sampai kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang hendak dinikahinya, maka dia akan mendapat apa yang diniatkannya."

Bagi saya sendiri, lebih elok kalau permulaan tahun itu kita buka dengan niat untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik. Apa salahnya kan? Niatkan penghijrahan itu kepada Allah. Sahabat Rasulullah pun tiap hari memperbaharui azam mereka. Tu la boleh capai osem level 25 tu...hihi


So . . . sama2lah kita menanam azam yer . . . (buat mata sepet)


Kredit

No comments:

Post a Comment