Friday 17 February 2012

Tiada tanda noktah aku temui!

Noktah atau lebih dikenali dengan nama manjanya "titik" adalah satu tanda penamat bagi sesuatu ayat yang lazimnya dimulai dengan huruf besar. Seperti yang sering kita taipkan menggunakan papan kekunci, juga kita coretkan di atas helaian-helaian kertas peribadi, sistem itu adalah sama.

Namun berbeza buat seorang yang telah menjadi mangsa para murabbi yang bijak memanipulasikan keadaan dan menukar batu menjadi intan permata (dai'e). Mari saya kongsikan beberapa bait kata seorang ustaz yang sangat saya respek! =)

"Kita ini ibarat gerabak kereta api. Akan saling menyambung dan menuju satu destinasi yang sama. Andai kita mengikut manhaj yang sama, pastinya gerabak ini akan sampai ke destinasi. Tapi jangan hairan kalau-kalau ada gerabak yang menyimpang dari landasan, atau tergelincir, sebab itu lumrah. Ingat satu anakku, landasan akan terus ada, gerabak akan terus bergerak, biarpun ia silih berganti, yang pasti gerabak-gerabak ini pasti akan sampai ke destinasi."


Benar dan sungguh benar. Itulah sunatullah perjuangan ini. Bukan mudah, bukan senang. Sebagai kaum saiya, kita perlu sentiasa bergerak dan bergerak. Tiada titik noktah langsung kecuali maut.


Dalam surah An-Nasr ada di beritakan...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
(1) Apabila telah datang bantuan dan pertolongan Allah serta kemenangan
(2) Dan engkau lihat ramai manusia masuk agama Allah dengan berduyun-duyun
(3) Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadanya. Sesungguhnya Dia adalah penerima taubat.


Surah ini ditujukan buat para dai'e yang sangat tinggi level kesabarannya tetapi masih bimbang akan perjalanan dakwah dan tarbiahnya yang semakin slow. Kemudian Allah menyenangkan hati mereka dengan janji bahawa kemenangan (matlamat) & cita-cita itu pasti tercapai sebagaimana dalam sunatullah, atau dalam bahasa asingnya, ketentuan Allah. Apabila usaha keras para dai'e menampakkan hasilnya, dan mereka melihat manusia datang berbondong-bondong masuk ke dalam Islam, di sinilah satu 'turning point' yang paling penting akan berlaku. Pada waktu sebegini, kita sebagai 'human trainner' sepatutnya perlu 'refresh' sebanyak kali yang mungkin iman di dada. Beristighfar banyak-banyak untuk mengelakkan timbulnya sikap ujub dan riak dalam hati. Ingat point yang paling penting. Kita cuma penyeru, hidayah itu tetap milik mutlak Allah!


[credit]




Perasaan yang perlu ada dalam diri setiap 'akhi' adalah seperti Allah sedang berbicara dengan kita pada saat ini. Ayat pertama diturunkan adalah untuk memberitahu kepada diri kita untuk terus bergerak dan bukannya berhenti sejurus selepas beroleh kemenangan. Dalam proses menyampaikan, ada 3 perkara yang wajib ada dalam menggagalkan kita.
1. Dosa penyampai menjadi hijab.
2. Dosa pendengar menjadi hijab.
3. Allah sengaja menggagalkan sebagai tarbiah buat kita. 


Dan yang paling penting, pertolongan Allah is take the 1st place in my heart! Nak kaya, mintalah dengan yang Maha Kaya. Begitu juga kemenangan, dan ingat! Kemenangan itu beroleh daripada pertolongan Allah semata dan bukannya datang disebabkan usaha kita.

No comments:

Post a Comment