Saturday 21 April 2012

Hijab

Saya tahu, saya faham dan mengerti bahawa anda mesti pernah dengar perkataan 'hijab' kan? Hijab atau dalam bahasa mudahnya yang dipanggil sebagai 'penghalang' amat sinonim dengan manusia.


OK! Cukup dengan MUQAD yang sangat panjang...=P


Post kali ini ingin saya jolokkan frasa "Hijab Al-Quran". (Longgarkan butang leher baju)


Setiap orang, individu, orang perseorangan tahu akan apa yang dimaksudkan dengan Al-Quran (At least pernah baca, lihat, menelaah terjemahannya) namun sedikit sekali yang memahaminya seperti Rasulullah dan sahabat.


Kenapa?
Mengapa begitu?


Sebab...


Di dalam hati manusia, wujudnya ketebalan hijab yang berbeza. Takat ketebalan atau kekokohan tembok-tembok itu bergantung kepada takat didih jahiliyah yang ada pada diri. Semakin jahil kita, semakin banyaklah tompok hitam yang macam tahi kambing tuuh. Hipotesis tu...boleh jadi inferens sekali.


Kita lazim (atau pernah tebaca) membelek buku, belog, artikel, video dan lain-lain lagi milik UAI (Ustaz Azhar Idrus), Hilal Asyraf, Muharikah, Inche Gabbana dan tidak lupa juga yang lain-lain. Tersentuh bukan? Sangat canthek terjemahan minda mereka, tatkala diiringi ayat yang sempoi dan santai.


Sekarang, cuba kita belek pula risalah-risalah pak cik Hassan, Syed Qutb dan ramai lagi. Berbeza dengan kita bukan? Kefahaman mereka sangat-sangat luas. (Tak terbayang apabila Rasulullah SAW berkarya seperti kita sekarang, pastinya air mata mencurah-curah jatuh ke ladang gandum bila membeleknya.)


Cuba bandingkan dengan kita pula.


Oppss...(dush!!!)
Itulah bezanya antara orang-orang yang memiliki hijab antara dirinya dengan Allah seperti tembok besar China dan senipis helaian rambut, mungkin lebih halus. Tebal tipis hijab kita menentukan sama ada kita sedang jelas akan matlamat hidup di dunia ini atau tidak.


So, switch your hijab. (Bukan hijab yang tudung tahu)
Pakai yang lebih nipis, seumpama sehelai rambut, mungkin lebih nipis lagi.


Ya Allah, hapuskanlah hijab antara aku dengan Mu, antara aku dengan Qalam Mu, antara aku dengan kekasih Mu. Amin...


Saham akhirat yang seperti hujan yang tak kunjung henti. Cemburu!


Incik Serai:
* Sebenarnya post ini ditulis atas dasar cemburu, iri hati dan hasad dengki ke atas pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang telah tertera di atas. Saham akhirat mereka Continuosly memberi keuntungan dan bunga-bunga chenta Allah berguguran tidak putus ke atas roh mereka. Jelez sebab tak berbakat mengolah karya sebaik mereka. Ya Allah, padamkan tompok-tompok hitam di hatiku ini.

No comments:

Post a Comment