Friday 20 April 2012

Memilih Untuk Berjuang


Memilih untuk berjuang . . .
Satu keputusan yang cukup aneh di tengah-tengah 'keselesaan' dunia sebegini. Seolah-olah menjadi insan yang tidak bersyukur dengan apa yang "sudah dikecapi". Seolah mahu menjadi seperti dahulu kala, kembali memutar detik yang telah berlalu.


Memilih untuk berjuang . . .
Keputusan yang perlu diambil secara ikhlas dan waras. Pelbagai risiko dan untung-rugi dipertimbangkan. Bermacam ulangkaji dilakukan, strategi dirancang seutuh mungkin bagi memastikan musuh dicabut hingga ke akarnya. 


Memilih untuk berjuang . . .
Istiqamah dan tsiqah dipertaruhkan. Ketundukan seluruhnya kepada Dia diwajibkan. Bergerak dalam barisan dan bukan berseorangan. Musuh bukannya batu yang mudah diretakkan, mereka terlatih dan bukan dari kaum yang leka dengan dunia.


Memilih untuk berjuang . . .
Tiada karpet merah ditawarkan. Tiada ros merah ditaburkan. Tiada uncang emas menjadi ganjaran. Hanya janji Pencipta menjadi ubat penahan kesakitan.  


Kupu-kupu Chomel
Memilih untuk berjuang . . .
Buatkan kita berfikir bukan sekadar memenuhkan perut sendiri. Menjadikan kita seorang pemerhati, pengkaji, juru analisis dan pakar strategi. Mengubah seseorang menjadi luar dari kebiasaan dirinya sendiri. Memaksa kita keluar dari "zon selesa" dan banyak lagi.


Memilih untuk berjuang . . .
Fikir baik-baik. Kalau masih belum mampu untuk menanggung segala risiko, lebih baik habiskan hidup anda sebagai seorang penonton yang cemerlang. 
Tapi rugilah jika tidak turut serta dalam gerabak ini. Ia akan terus bergerak tanpa menunggu. Tak sopan kirannya kita hanya menunggu untuk tidur dengan selesa di dalam rumah yang sedang dibina saudara kita sendiri sedangkan untuk memegang sebatang paku pun sudah cukup berat untuk kita padahal ia akan menjadi tempat berlindung buat kita sekeluarga satu masa kelak.


* Tengah semangat tengok rakan mahasiswa berdemo. Cemburu pulak..uhuk2!

No comments:

Post a Comment