Wednesday 1 August 2012

Gerigitan #1

"Welcome August!" But we're still in Ramadhan. It's been a long time since the last post written. I'm becoming lazy, and more lazy. Then my English become broken and its breaking every seconds.


Nampaknya saya semakin malas sekarang. Tidak kira dalam blog, facebook, twitter mahupun di alam nyata. Malas untuk "melabur" lebih banyak lagi saham-saham akhirat padahal harganya tengah meningkat naik dengan penuh memberansangkan sekarang. Arghhh!!


Lately, I'm passing through some hard time and its not the first time I'm facing it. But I know, it'll not last! Gathering some strength to stay calm, stand up still then walk again. Gaining the things we lost is not easy as losing it. Keep it in memory and keep praying dude!


*Peringatan: Post ini hanya sekadar melepas kegeraman sahaja. Heh!


Credits


You know that today is 12 Ramadhan 1433. Bermaksud rakyat Malaysia sudahpun melangkah ke fasa kedua bulan Ramadhan dengan jayanya! Jayanya? (Senyum kambing)


Mungkin bagi orang lain, mereka memang telah melangkah dengan jayanya, tapi bukan saya. Serasa 10 hari pertama itu seakan sia-sia. Bila saya membuat muhasabah (rewind balik) 10 hari sebelum ini, masya-Allah! Ana masih ZERO akh! How I can becoming HERO like this?


Betullah, mana taknya? Buat "checklist Ramadhan" memang sangat-sangat kosong. Banyak yang tercicir/sengaja dijatuhkan/tertinggal dalam bas persiaran/jatuh dari bakul motor/siaran tertunda dsb. Tik...tik...(basah baju)


Mana semangat "Hangat-hangat #&%$ ayammu?", sudah pudar begitu?


Come on dude, this is not a game. It is a mission! Yes, it is! Ramadhan yang Allah berikan kesempatan ini bukannya satu permainan, ianya satu misi! Layak atau tidak, boleh atau tidak, mampu atau tidak, itu bukan persoalannya. Allah cuma akan tanya "Awak buat atau tidak?"


Saya masih kechiwa dengan diri sendiri. Masih lagi terkapai-kapai kelemasan mengejar redhaNya. Bukannya dengan riang gumbira dan penuh dengan rasa chenta.


Kini, fasa kedua sudah lama bermula, siap terlambat sehari lagi. Mudah-mudahan hati ini menjadi semakin lembut, anggota ini dengan mudahnya tunduk, dan semuanya dipersembahkan untuk meraih redhaNya. Sekali lagi, niat perlu di"refresh" semula, diluruskan kembali dan kesungguhan dipertingkat. Janganlah pudar duhai semangat sebagaimana bersinar dengan cemerlangnya sebelum 1 Ramadhan. Mohon dikuatkan hati, jasad, roh dan semangat untuk terus melabur lebih banyak saham-saham akhirat. Doakan saya!


P/S:
*Inche Serai sedang mengalami satu penyakit kronik yang memerlukan sesi rawatan yang sangat panjang dan ekstrem. Kini masih lagi dirantai di ruang ICU untuk persediaan situasi-situasi kritikal sekirannya berlaku. Seandainya post-post beliau terasa pelik dan menjengkelkan, sila abaikan. Bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesihatan beliau. Semoga masih beroleh harapan. Amin...

No comments:

Post a Comment